Seringkali aku menyoal diri
siapakah aku dan kita sebenarnya
mengapa aku dilahirkan dan haruskan
begini bentuknya
acapkali aku menyoal diri
haruskah kita di gelar
manusia semata-mata kerana kita manusia!
namun bukan sedikit yg tidak
bersifat manusia dalam alur liku hidup
sehari-hari.
Terlontarnya ke dalam dunia yang penuh ujian ini
mungkin sudah suratan azali
yang tentunya telah terpahat di Loh Mahfuz
tapi bagaimana kita semua mengenal diri?
Cukupkah sekadar berkata;
"Kenalilah dirimu
maka akan kenallah Tuhanmu."
tanpa mengamalkan apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang!
Tapi kenalkah kita akan diri sendiri?
justeru ingin mengenali Tuhan Yang Maha Esa
teruskan menjawab soalan-soalan ini
apa makna hidup?
apa erti hidup?
apa yang diharapkan dari hidup?
apakah hidup ini ada gunanya?
apa tujuan hidup?
ke manakah selepas hidup ini?
soalan-soalan ini perlu kita jawab
sendiri-sendiri bertunjangkan firman dan hadis!
HENRY RIDLEY KUALA TEMBELING JERANTUT 1911
-
Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911
Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia,
tahun 1911. Beliau me...
6 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan